Foto Ulangtahun Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

on Tuesday 5 November 2013


Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan yang pertama buat pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.

Seperti juga pasangan suami isteri yang lain, mereka turut tidak terkecuali meraikan ulangtahun bersejarah mereka berdua.

Farid dan Diana telah berkongsi gambar menikmati makan malam romantis bertemankan cahaya lilin di tepi pantai.

Untuk makluman, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo, Ampang.

Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad yang dilahirkan pada 2 Julai lalu di Australia, ketika Diana sedang melanjutkan pengajiannya di sana.




Sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved