Audi TDI: Kereta yang Menggunakan Minyak Diesel

on Monday 4 November 2013


Diesel kebiasaanya digunakan pada kenderaan berat seperti lori dan jarang sekali kita dengar kereta biasa menggunakan minyak diesel. Kalau natural gas itu memang ada lah. Tapi macam tidak wujud pun kereta kat Malaysia ini yang pakai diesel.


Hari ini, dengan kejuruteraan yang moden, tidak mustahil lagi untuk kereta biasa menggunakan minyak diesel ini. Seperti kereta Audi TDI (Turbocharged Direct Injection) ini. Enjin yang diberi nama 'clean diesel engine' ini mampu untuk memberi lebih torque,menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan pelepasan CO2. Tidak ada alasan lagi untuk katakan tidak pada enjin ini jika ianya mampu memberi
manfaat yang sangat berguna seperti ini.


Mengurangkan 12% pelepasan CO2

Memberi pecutan yang luar biasa

Penambahan minyak sebanyak 20% 

Boleh dibawa lebih jauh dengan hanya satu tank

Walaubagaimana pun, harga untuk sebuah kereta ini adalah agak mahal berbanding dengan kereta biasa. Rasanya hanya yang betul-betul cintakan alam sekitar yang akan beli kereta seperti ini. Tapi siapa tahu kereta enjin diesel ini akan menjadi popular suatu hari nanti seperti kereta Hybrid pada masa kini.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved