Lelaki 90 tahun dipaksa kahwin

on Monday 28 October 2013

Fatees al Thaqaf. (Pic credit: Sabq)

Riyadh: Seorang lelaki berusia 90 tahun terpaksa melangsungkan perkahwinan sekali lagi selepas didesak oleh anaknya supaya dia memenuhi wasiat ibu mereka.

Isteri barunya yang berusia 53 tahun dipilih oleh lima anak perempuan Fatees Al Thaqafi yang menghabiskan masa tiga bulan mencari wanita paling sesuai untuk menjadi pasangan bapa mereka, lapor akhbar Sabq, semalam.

Kelima-lima anaknya tidak mahu mencari wanita lebih muda, sebaliknya memilih wanita separu umur dan matang bagi menjaga bapa mereka.

Mereka akhirnya menemui balu tanpa anak yang menerima lamaran untuk berkahwin dengan bapa mereka.

Lelaki berkenaan membayar wang hantaran sebanyak SR25,000 (RM21,000) sebelum mereka diijab kabulkan.

Fatees mulanya enggan berkahwin selepas isterinya meninggal dunia awal tahun ini berikutan sakit yang berpanjangan.

Pasangan berkenaan mempunyai tujuh anak lelaki dan lima perempuan.

Ketika sakit, isterinya mendesak Fatees supaya berkawhin sekali lagi tetapi dia menolak, sebaliknya memilih untuk menjaganya.

Ramai anggota keluarga dan sahabat handai menghadiri majlis perkahwinan berkenaan di Taif, kelmarin.

“Majlis berkenaan berjalan lancar dan suasana amat meriah sekali.

“Perasaan gembira bercampur dengan pilu. Gembira kerana bapa kami akhirnya ada teman, pilu kerana mengenangkan arwah ibu,” kata Abdullah, anak sulung Fatees.- Agensi

Sumber : MyMetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved