Lari bersembunyi dalam semak

on Sunday 20 October 2013

 

JOHOR BAHRU – Seramai 22 warga Vietnam ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Pekan Gelang Patah Lama dan Kampung Baru Gelang Patah di sini, awal pagi semalam.

Operasi penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor bermula jam 1 pagi itu, diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Raman Uthaman bersama 20 pegawai dan anggota Imigresen.
Raman berkata, seramai 30 warga asing diperiksa dalam kedua-dua serbuan itu dan 22 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun termasuk wanita warga asing.
“Semasa pemeriksaan dijalankan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam semak, namun berjaya ditahan,” katanya, menurut sumber Sinar Harian.
Katanya, siasatan awal turut mendapati terdapat penduduk tempatan menyewakan rumah dan memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan Pati berada di dalam premis mereka,” katanya.

Sumber : kualalumpurpost
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved