KONFLIK ZED ZAIDI DENGAN MIG DAVID TEO

on Monday 21 October 2013


ISU PERTELINGKAHAN ANTARA ZED ZAIDI DENGAN DAVID TEO MIG | Rata-rata umum sudah tahu kontoversi yang tercetus apabila Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tiba-tiba tampil mengumumkan pernikahan mereka, baru-baru ini.

Belum cukup terkejut mengetahui tentang pernikahan itu, keadaan dihangatkan lagi dengan alasan mengapa status mereka dirahsiakan selama ini. Kata mereka, sebab takut melanggar syarat atau kontrak yang ditetapkan oleh bos MIG Pictures, David Teo.

Bila keluhan hati pasangan ini disiarkan di media, Zed Zaidi terus muncul sebagai hero. Presiden Seniman ini menyifatkan kontrak sebegitu sebagai mengarut dan melanggar hak asasi manusia.

Hal ini membuatkan David Teo memberikan kenyataan balas di sebuah akhbar bahawa dia kecewa kerana Zed terus bercakap pada wartawan tanpa bertemu dengannya terlebih dahulu untuk meminta penjelasan.

Kata David, kontrak MIG tidak menyebut tentang halangan untuk bercinta, sebaliknya artis perlu membuat pengesahan tentang status sama ada sudah berpasangan, bertunang atau berkahwin sahaja kerana jika begitu, mereka perlu mengisi borang yang lain.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Promosi dan Koordinator Penerbitan Filem MIG, Azahari Hamid dilihat turut meluahkan perasaan geram dengan tindakan Zed ini di laman Twitter dan Instagram miliknya.





Selain ditujukan pada Zed, Azahari juga nampaknya meluahkan pandangan yang agak tajam terhadap isu pernikahan Wawa Zainal.





Wah, garangnya… mungkin Azahari sendiri terasa tekanannya apabila isu Aeril dan Wawa ini diperkatakan ramai orang agaknya.

Apa pun, Wawa dah minta maaf pada David Teo. Harap-harap keadaan akan kembali jernih semua benda pun dah jadi.. apa nak dibising-bisingkan lagi kan. Industri seni kita pun bukan sebesar mana.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved