CHONG WEI GAGAL PERTAHAN KEJUARAAN TERBUKA DENMARK

on Monday 21 October 2013


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long dari China di Odense, Denmark, Ahad.

Chong Wei, yang menyambut hari kelahirannya ke-31, terpaksa akur dengan ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set, 22-24 dan 19-21 dalam masa 68 minit.

Dengan kemenangan itu Chen Long membawa pulang US$30,000 (RM94,710)manakala Chong Wei selaku naib juara meraih US$15,200 (RM47,986.40).

Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun. – BERNAMA

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved