Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Kotak tepung !

on Saturday 19 October 2013


Seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai orang awam di dalam kotak di hadapan sebuah rumah di Jalan Panglin 1, Taman Perling Johor Bharu malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata bayi lelaki yang menangis ketika ditemui itu dibaluti dengan kain lampin dan dipakaikan baju.



"Bayi tersebut berada dalam keadaan normal dan tiada sebarang kecederaan padanya. Kita percaya berdasarkan keadaan tali pusat dan kesan darah, bayi itu baru dilahirkan," katanya
Ruslan berkata bayi tersebut yang ditemui kira-kira 10.30 malam kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dilakukan pemeriksaan dan diberi rawatan .

Kasihan bayi yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa ,seandai nya jika tidak di temuai apa lah nasib bayi tersebut , idintiti bayi tersebut belum di kenal pasti, kes ini sedang di siasat .
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved